Skip to main content

Bersabarlah Duhai Hati ~ !

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...''Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '
Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita? Subhanallah. Maha suci Allah!

Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.

Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya

Comments

Popular posts from this blog

hmm. hmm. hmm =(

huhu. lame gak q xupdte bl0g nie .. byknye keje q kne wat adushh ! mkin ari . mkin bz la.. =( xad mse nk rehat2 kn diri. on9 p0n jrng. law on9 p0n juz apprve fwen n rply wall aa (frah) , yaya , frah fr0m miri jew yg len2. xsngt law ad p0n. juz kwn rpt2 jew. hmmm q nk cter r psl 1 jun nie. yeAh ! ! gawai suda mareiii . haha ! mab0k . mab0k . mab0k ukank q yg mb0k p d0wunk yg bngse Iban je mb0k SELAMAT HARI GAWAI DAYAK Gayu Guru Gerai Nyamai =) .... waccehhhh . ramai gak uwank knl ngn q nie. haha ! malu2. then rmai gak member sekolh lme dtg2 tngok q keje. =) hmm. q pelik lah ngn s0wunk mamat ni bwu ni q perasan r. pesal r law petng2 jew dy ngn kwn dy saje jln2 dpn sh0p q . p trkejut r gak mamat ni rupe dy same ngn uwank yg q syngi selame ni p mamat ni lbh itam then tlmpau tnggi ... p law prhatikan.. memang same la dgn owg yg q syg ni aw rindu sgt kt "him" trpk r gak. anea twu dy dtg srwak ke. sje2 nk jln k0wt lg pn dy mang tringn nk g srwak . hmm. lepas mamat 2 l...

CONTEST BLOG PALING CANTIK, COMEL DAN KEMAS !

Alahaii thanks ler kat si cute neh  Cik Violet  yg baik hati tagg cik Qiqi a.k.a Qyla eh yer. :) btw, blog si cantekk tiutt nehh sangat comel :) pink2 hee ^^ Adehh . xtaw nak cakap macam mane erkk . blog cikk Qiqi neh da lerr berhabokk . lame der xmengupdatee ^^ blog neh gakk xsecantikk macam blog kowunk kowunk taw :'( . btw, dgn ase segan silu nye cik Qiqi join jugak contest kali neh . :) . takk tawu lah berjaye ke taakk . lau takk berjaye pon xpelahh . bukan rezekii kott . kalau yg berjaya tuhh jgn lupe lupe lakk ngn Blog cikk Qiqi neh yerr :) winkk winkk ^^ syarat-syarat penyertaan  jadi follower  FARZANA FARZANTO . peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di  Pelangiwardrobe Hannah . add dulu baru boleh tengok baju2 disana) ada 3 kategori iaitu b...

Hello 2023 ! berat badan mendadak

Hello 2023. My first entry to post this year. uish  . i feel like alhamdulillah dapat stay lagi this year with orang-2 yang aku sayang. Syukur .  aku sebenarnya stress lately, bayangkan berat badan aku naik mendadak u know. aku tak tahu lah kenapa sekarnag ni rasa mcm tak semangat je nak buat something dgn keadaan skrg mcm ni. asik badan naik je. makan tak menentu. habis produk kurus aku amik. bayangkan aku sebelum kawin struggle gila nak kurus . nak pikat hati suami. sebab kan dia aku usaha nak kurus. sebelum aku kenal suami aku. berat bdn aku 78kg tak silap pastu aku cuba nk nampak kurus depan dia.  aku berjaya dapat turun berat badan aku. so sampai lah berat badan aku 67 kg. memang aku rasa bnyk sgt perubahan aku semasa kenal suami aku. so bila decide nak kawin tu. makin bertambah berat bdn aku after aku accident kaki aku problem masa jogging. so aku cuti jogging dari before kwin sampai after kawin. dari berat bdan aku 67 makin meningkat ke 85 kg. aku tak tahu lah nak ...