Skip to main content

MANDI WAJIB ?


Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari 
kita yang tidak sah mandi wajibnya...
saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...
sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Devil Fox Pictures, Images and Photos
Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,
tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat 
Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya
kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, 
seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan 
hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja.
Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 
keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan
air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 
Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, 
bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas 
kadi di Pejabat Agama Islam Gombak 
Timur dan penceramah, didapati banyak 
umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah
kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi 
wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
MApabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang
dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah.
Itulah akibatnya jika tidak melakukan
mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika
 ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub
 atau janabah tidak boleh dipandang ringan
oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya
mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya.
 Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat.
Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air
 keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib:
 “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan
 ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid,
niat mandi wajib ialah:
 ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”
Manakala bagi perempuan yang habis nifas,
 niat mandi wajibnya ialah:
 ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu
memulakannya selepas dia telah membasuh
salah 1 anggota badannya akan menjadikan
 mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan
 kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan
air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat
sebelum air sampai ke badan,
niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2,
 iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan ,
 menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut
 Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,
 najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.
Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air
 ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit,
rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2
yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu
ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air
ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.
 Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib
 dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam
hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg
boleh menghalang sampai air ke badan khususnya
 di bahagian bawah kuku, kotoran itu
 wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam
kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,
 inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut
 seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,
mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang
 yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna
selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah
membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.
 Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu
sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang
 menggunakan pewarna pada rambutnya tidak
 sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya
yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza
 dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke
 rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut
menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham.
Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal
oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak
bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.
Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa
sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.
 Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan,
 huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang
 telah saya nyatakan ini adalah merupakan
 perbezaan sah atau tidak mandi wajib.
 Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Devil Fox Pictures, Images and Photos
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,
 Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya
terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan
 lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh
walaupun tidak keluar air mani, keluar air
mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya
 melibatkan kaum perempuan sahaja,
 iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan
 menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,
 mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,
tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada
 waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib,
seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu
 adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

**********
Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik,
cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu.
 Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis
 dan kering sendiri. Lalu ambillah
sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’.
 Cukup dengan memperbanyakkan solat.
 Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.
 Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman.
Tidak hanya di bibir tapi juga di hati.
 Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’,
 “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii”
 (Ya Allah sebagaimana engkau telah
 memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah,
tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain,
 tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur
dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis.
Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e.
selang satu hari. Makanlah makanan halal,
perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan.
 Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

^^^^^^
Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi
 yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan
 taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati
dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya,
sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari
telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi
titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung
panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi
kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang
 dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
 “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang
 Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.
Itulah sebab mengapa mereka mencipta
cerita yang begitu seram sekali iaitu ”
 FRIDAY the 13th
” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at
kepada manusia lain…


~~~~~~


Entry nie aku c0py dari kak ina (makcik sepupu aku)
hehe . s0ry kak ina ye .
tapi suke gak bace article
nie . dy mnjurus kpd keagamaan
huhu .
btw, entry ni membuka mate pdaku
gak sebab bende yg aku xtwu
leh fahami n menjadi lebih tawu .
thanks kak ina
=))

Devil Fox Pictures, Images and Photos

- Renung renung kan lah Entry Ini =) - 

Comments

Popular posts from this blog

Hello 2023 ! berat badan mendadak

Hello 2023. My first entry to post this year. uish  . i feel like alhamdulillah dapat stay lagi this year with orang-2 yang aku sayang. Syukur .  aku sebenarnya stress lately, bayangkan berat badan aku naik mendadak u know. aku tak tahu lah kenapa sekarnag ni rasa mcm tak semangat je nak buat something dgn keadaan skrg mcm ni. asik badan naik je. makan tak menentu. habis produk kurus aku amik. bayangkan aku sebelum kawin struggle gila nak kurus . nak pikat hati suami. sebab kan dia aku usaha nak kurus. sebelum aku kenal suami aku. berat bdn aku 78kg tak silap pastu aku cuba nk nampak kurus depan dia.  aku berjaya dapat turun berat badan aku. so sampai lah berat badan aku 67 kg. memang aku rasa bnyk sgt perubahan aku semasa kenal suami aku. so bila decide nak kawin tu. makin bertambah berat bdn aku after aku accident kaki aku problem masa jogging. so aku cuti jogging dari before kwin sampai after kawin. dari berat bdan aku 67 makin meningkat ke 85 kg. aku tak tahu lah nak ...

hmm. hmm. hmm =(

huhu. lame gak q xupdte bl0g nie .. byknye keje q kne wat adushh ! mkin ari . mkin bz la.. =( xad mse nk rehat2 kn diri. on9 p0n jrng. law on9 p0n juz apprve fwen n rply wall aa (frah) , yaya , frah fr0m miri jew yg len2. xsngt law ad p0n. juz kwn rpt2 jew. hmmm q nk cter r psl 1 jun nie. yeAh ! ! gawai suda mareiii . haha ! mab0k . mab0k . mab0k ukank q yg mb0k p d0wunk yg bngse Iban je mb0k SELAMAT HARI GAWAI DAYAK Gayu Guru Gerai Nyamai =) .... waccehhhh . ramai gak uwank knl ngn q nie. haha ! malu2. then rmai gak member sekolh lme dtg2 tngok q keje. =) hmm. q pelik lah ngn s0wunk mamat ni bwu ni q perasan r. pesal r law petng2 jew dy ngn kwn dy saje jln2 dpn sh0p q . p trkejut r gak mamat ni rupe dy same ngn uwank yg q syngi selame ni p mamat ni lbh itam then tlmpau tnggi ... p law prhatikan.. memang same la dgn owg yg q syg ni aw rindu sgt kt "him" trpk r gak. anea twu dy dtg srwak ke. sje2 nk jln k0wt lg pn dy mang tringn nk g srwak . hmm. lepas mamat 2 l...

CONTEST BLOG PALING CANTIK, COMEL DAN KEMAS !

Alahaii thanks ler kat si cute neh  Cik Violet  yg baik hati tagg cik Qiqi a.k.a Qyla eh yer. :) btw, blog si cantekk tiutt nehh sangat comel :) pink2 hee ^^ Adehh . xtaw nak cakap macam mane erkk . blog cikk Qiqi neh da lerr berhabokk . lame der xmengupdatee ^^ blog neh gakk xsecantikk macam blog kowunk kowunk taw :'( . btw, dgn ase segan silu nye cik Qiqi join jugak contest kali neh . :) . takk tawu lah berjaye ke taakk . lau takk berjaye pon xpelahh . bukan rezekii kott . kalau yg berjaya tuhh jgn lupe lupe lakk ngn Blog cikk Qiqi neh yerr :) winkk winkk ^^ syarat-syarat penyertaan  jadi follower  FARZANA FARZANTO . peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di  Pelangiwardrobe Hannah . add dulu baru boleh tengok baju2 disana) ada 3 kategori iaitu b...